Monday, March 9, 2009

070309-080309...


balik ipoh...sebab da lame tak jumpe mak, kak long, abg long, syasya, bang chik ngan adik. huhuhu...sesampai ipoh g jj dl...cr brg2 n ape yg patut. pastu tgk wyg...Slumdog Millionaire...sampai ipoh pun da ptg. blk, ngemas umah yg br direnovatekan...makan laksa...makan mee+kueyteow goreng...konon nak cat umah malam tu, tp ngantok plak...so zzzzzz...tdow lebey baik

bangun awal2 pagi...sebelum subuh, sakit perut daa...pastu ngecat umah sampai siap, maklom la anak harapan kluarge.hahaha...dgn sisa2 cat yg melekat di kaki dan tangan aku tetdow dgn pakaian angkasawan (sesape keje kilang elektronik taw le...) bangun...mandi, siap2 n sedia balik Tg Malim...


Friday, March 6, 2009

lalang-lalang yang meliuk lentuk ditiup sang bayu...ko???kecubung berduri yang mencucuk dedaun lalang?begitu???

status yang cam gampang
yang jadi kecubung tu lagi gampang
hah...kesat kaat2 sebab ape?
sebab ko la pompuan yang konon2 ayu...tapi...
rupe2nye barua...
x jujur dalam persahabatan...
time susah...terdesak...cari kawan2 yg ko labelkan sebagai lalang2 ni...
time senang...ko pikir la sendiri
malas nak menaip panjang2 dek sebab kebodohan ko tuh...
wahai perempuan yang bermulut gampang...
selalang2 kwn2 ko ni...ni la yg ko cari bile ko bengangkan si hitam
kesatria baja hitam yg berselulit penuh tuh
ko nak aku membebel panjang lagi???
bisa...aku bisa membebel utk memuaskan hati aku yg bengkak...
sedarlah wahai wanita bermulut busuk...
sesungguhnye aku tidak bermulut busuk seperti kamu...
walaupun aku berdiet...diet ke haku...
huh...saat2 kejatuhan kamu akan tiba...


dari aku si lalang yg ko labelkan...

Thursday, March 5, 2009

Ibu Mithali

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RAHSIA MEMOTONG KUKU


RASULULLAH S.A.W BERSABDA:


YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

WANITA

19 RAHSIA KEISTIMEWAAN WANITA

1.
Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia.
"


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.



3.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .
Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.



5.
Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.



6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.



7.
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.



8.
Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.



9. Daripada Aisyah r.a.
" Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.



10.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.



11.
Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.



12. Aisyah r.
a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya.
" " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya.
"


13.
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.



14.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).



15.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.



16.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.



17.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.



18.
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



19.
Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.




6 JENIS WANITA MALANG


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan
yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang
Syadaqah.
"


Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit
atau buat-buat sakit.



Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami.
Wanita ini sering
menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".



Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.



Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.



Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan
menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagianya.



Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

langit tak selalu cerah...

... langit tak selalu cerah ...

memang da betul pe yg org tua2 ckp psl peribahasa tu...
aku ada sorang kawan nih...yg konon2 paling bagus lam batch aku...
cakap cm bagus...reaksi cam bagus...memang cam bagus sangat la...
berkat doa kwn2 yg mmg da x larat mendengar kebagusan dia...
agak2 nye...smue berdoa agar Allah berikan petunjuk kat dia...
amin...syukur...terhampar segala kebenaran...
kwn2 yg lain??? suke? hepi? rs puas?...
ntah la...tu aku tataw...
prinsip aku...senang je...
wat la pe yg korg nk wat...
1 hr nnt...Allah akan membalasnya...
apa yang penting...jgn berDENDAM...
jadilah insan yg pemaaf...wlu ht disakiti & dilukai...


p/s: semakin giler...menjadi penulis log syok sendiri

SEMESTER 7

hihihi...da semakin hampir dengan hari persaraan belajar...
praktikum pun da ditempatkan...redha je...no choice...
ermmm...macam-macam yg dpt sem 7 nih...
macam-macam yg huh (sambil kesat peluh)...yg aku dpt sem ni...
pasal ape??? pasal macam-macam yg aku dpt tgk...dpt lihat n dpt blajar...
pasal VISCOM...
maybe 1 hr aku bole wat novel or zine (cam KAMI) tntg bebudak nih...

huhuhu...hanya VISCOM yg taw ape yg ade dlm VISCOM...major or minor...
semakin hampir dgn EXHIBITION DAY a.k.a DEGREE SHOW 2009...berdebar2...
debar yg lebih kencang dr DIPLOMA SHOW 2004 kt PoliJB dulu...
hahaha...Melaka, nntikan kehadiran delegasi UPSI di Malacca Mall...ngeh 3x...


p/s : orang MELAKE...meh turun tgk kitorg yg pasan hebat nih...hahaha
ayat PUAKE...hebat ke ko???


Monday, March 2, 2009

M A C datang dengan penuh kerinduan


Mac datang lagi
Penuh pengertian...penuh makna...
Penuh kenangan yang tak kan dapat diulangi
Kenangan yang indah yang tak dapat untuk diputarkan semula

Mac datang lagi...
Kali ini sudah masuk tahun kedua
Tahun kedua kehilangan ayanhanda Haji Hashim bin Yusof
Sampai bila-bila rindu ini x dapat diluahkan

Abah...orang rindu sangat
Rasa macam baru semalam kite gelak-gelak
Rasa macam baru semalam orang kene marah
Rasa macam baru semalam abah hantar orang g PoliJB
Rasa macam baru semalam abah suruh orang apply UPSI
Rasa macam baru semalam abah pesan...
Belajar elok-elok
Belanja duit tu elok-elok, jangan bazir
Jangan study last minute...
Jangan tinggal solat...
Jangan asyik meronda je...
Yang paling penting...
Yang paling orang akan ingat... Abah cakap...'abah takde pape nak bagi kat hangpa adik beradik...belajaq la elok-elok, ilmu yang hangpa ada tu la bekalan@harta untuk hangpa'
Abah...kitorang smue da dapat harta tu...
Akan kitorang simpan hingga akhir hayat

Abah...orang tataw nak cakap macam mana
Tapi memang sayang abah
Cuma...orang degil...
Yang abah tak kasi buat tu la orang ske buat...
Sebab...sebab perkara yang abah tu x ske orang buat tu...
Buat orang bole ada sampai tahap sekarang ni...
Orang bole jadi cikgu...macam yang abah nak...

Abah...nampaknya
3 kali orang grad abah takde
Orang teringin sangat nak ambil gambar dengan abah ms konvo...
Tapi...memang Allah da tentukan...
Memang takde rezeki orang nak wat macam tu

Abah...terima kasih atas segala-galanya
Yang orang takkan dapat kalau abah takde...
Banyak yang orang nak taip
Tapi mata orang ni da tak nampak...
Nanti orang tulis lagi...

Abah...i love u