Tuesday, November 24, 2009

25 November 2009


rasenye pagi yang cukup indah pagi ni...setakat ini la, coz belum ade stress lg di pejabat. lalala...boss2 smue xde...tggl la kami pekerja2 bawahan je. ahaks...so hr ni keje upload mengupload gmbr di facebook, myspace and tagged. friendster? bkn xnak, tp mcm mls je kat situ. uhuuuuu...mcm byk bende nk tulis kat blog hr ni, tp blom difikirin. tgk la pepetang nnt...kot2 ilham dtg...

Thursday, November 12, 2009

.:: SELEPAS 11 TAHUN ::.

tahun ni masuk tahun ke 11 penantian ini berlangsung. tapi, selepas 5 tahun baru aku tahu dirimu kini milik orang. punya seorang puteri yang comel bangat. huh...macam2 perasaan ada sekarang ni. paling yang aku rasa...sedih bila terpaksa meredhakan awak pergi dan hidup bahagia di samping keluargamu. huhuhu...kenape bole awak bole buat dia dan saya begini? sedih awak...sebab selepas 11 tahun baru semuanya terbongkar. 5 tahun dibuai perasaan...5 tahun menunggu...akhirnya, berita ini yang saya kena akur dan terima. saya terpaksa menerima segala-galanya dengan hati yang terbuka dan penuh keredhaan. meskipun sakit untul saya telan, akan teruskan juga awak. mudah-mudahan saya dipertemukan dengan insan yang lebih ikhlas menyayangi saya sebagaimana awak.

awak...terngiang-ngiang suara anak awak berbual dengan saya. benar-benar meruntun jiwa...betul-betul rasa sayu...bagusnya kalau suara itu dapat panggil saya ibu...mama...umi...emak. tapi...aunty awak. dan malam tadi, sekali lagi air mata saya gugur mengenangkan perhubungan ini yang tidak akan sampai ke mana. tidak akan saya ganggu kebahagiaan rumah tangga awak setelah kebenaran terbukti di depan mata. sayang saya pada awak akan tetap abadi sampai akhir hayat saya. sukar bagi saya untuk melupakan kenangan yang terpahat selama 11 tahun. mudah-mudahan tahun ini tahun terakhir untuk saya lalui bersama awak. cepatla datang 2010...

Wednesday, August 19, 2009

.:: KISAH SEORANG GURU ::.

Kisah Seorang Guru..

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulai oleh seorang guru biasa
Yang dengan tulus ikhlasnya mengajar tulis baca!

Ingin dikisahkan mengenai seorang guru yang telah lama bersara dan hidup mewah di Kuala Lumpur. Selepas keluar maktab pada tahun 60-an, Cikgu Notrah dihantar mengajar ke sebuah kampung di pedalaman negeri Sarawak Bumi Kenyalang.

Perasaan Cikgu Notrah sangat tertekan kerana dia dilahirkan serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Dia tidak pernah terfikir akan dihantar ke kawasan pedalaman yang sangat dhaif di mana murid-muridnya berkaki ayam, comot dan penuh lumpur.

Kini, setelah berpuluh-puluh tahun meninggalkan sekolah buruk itu, satu hari Cikgu Notrah menerima surat yang menjemput dia hadir ke majlis perasmian sekolah baru di kampung itu. Cikgu Notrah bersetuju untuk hadirkan dirinya. Dia diletakkan di sofa paling depan bersama tetamu kenamaan lain. Perasminya ialah seorang Pegawai Daerah yang baru ditugaskan ke daerah itu.

Khabarnya Pegawai Daerah tersebut adalah anak kampung itu yang pernah bersekolah di sekolah berkenaan. Ketika dijemput membuat ucapan perasmian, beliau menceritakan pengalaman zaman kanak-kanaknya di kampung itu. Katanya, dulu dia berkaki ayam ke sekolah, berbaju kotor dan comot kerana jalan kampung yang becak semasa hujan.

"Tetapi, cikgu-cikgu saya telah membimbing saya dengan baik. Kalau tidak kerana mereka, tentunya saya tidak ke mana-mana," dia berhenti seketika menyurai sebak. Suasana menjadi sepi seketika. "Salah seorang yang paling berjasa kepada saya ada bersama-sama kita...," kata Pegawai Daerah itu meninggalkan restrom dan menuju ke arah Cikgu Notrah.

Dia menyalam sambil mencium tangan Cikgu Notrah dengan air mata yang berjuraian. Cikgu Notrah tergamam. Dia tidak kenal pun dengan Pegawai Daerah ini. "Tuan Pegawai Daerah ni siapa?" tanya Cikgu Notrah sungguh-sungguh. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa sayu. Sudah lama tidak ada yang membahasakan dirinya cikgu.

Pegawai Daerah itu tidak menjawab. Sebaliknya, dia menghulurkan sebuah bungkusan dan meninggalkan Cikgu Notrah dengan penuh tanda tanya. Ligat dia memikirkan, irasnya tidak ada pada anak muridnya yang berbau selut suatu waktu dulu.

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Cikgu Notrah rakus membuka bungkusan tadi. Di dalamnya berisi sebiji pasu bunga kecil. Disisipkan sekeping nota, "Maafkan saya cikgu, saya mengambil masa yang lama menggantikan pasu bunga cikgu."

Sepantas kilat lingkaran ingatan Cikgu Notrah kembali pada hari pertama dia di sekolah itu pada tahun 60-an dulu. Seorang murid berbau hamis, kotor dan berkaki ayam terlanggar pasu bunga di atas mejanya. Pasu itu jatuh dan berkecai.

Kebencian dan kemarahan bersatu. Cikgu Notrah menyambar penyapu bulu ayam dan membelasah murid itu semahu-mahunya. Setiap kali rotan singgah di punggungnya, dia tersentak. Mula -mula murid itu menangis tetapi lama kelamaan tangisannya hilang. Dia seperti reda dengan apa yang dilakukan ke atasnya.

Cikgu Notrah tidak ingat berapa kali dia melibas rotan itu. Yang dia sedar, tenaganya semakin hilang.. Paha budak itu pula berjajar merah. "Cikgu...., ampunnnn...," kata-kata yang perlahan itu bagai tidak bermaya masih terlekat di ingatannya. Cikgu Notrah tersedar dia gagal menguruskan kemarahan dan kebenciannya.

Perlahan-lahan airmata Cikgu Notrah jatuh di atas pasu yang dipegangnya. Pandangan menjadi kabur dek air mata yag berjuraian. Dia menangis semahu-mahunya. Dia mengambil masa berpuluh tahun untuk menangis di atas perlakuannya.

Atas segalanya.. Buat semua guru-guruku di mana jua kalian berada.. Terima kasih sekali lagi kerana mengajarkanku ilmu hayat! Terima kasih kerana mengenalkanku akan indahnya kehidupan! Terima kasih guru atas segala-galanya!

Monday, August 3, 2009

AKU


LANGIT NAN BIRU...AWAN NAN MEMUTIH


SUSAH NAK LIHAT LANGIT BIRU di Manjung...huhuhu. slalu cam jerebu je, lmas btol la. sesekali dpt tgk langit biru & awan yg memutih rs tenang...rs lega. x secantik gmbr yg diambil gunakan DSLR, tp aku syukur...dpt gak amek dn compact camera. mmm...view ni ms kat skolah...aku blur sedikit hr ni lepas Panggilan USTAZAH diberi pd aku oleh UZ n JERRY. hahaha...xpasal2 kene panggil ustzah, layankan je la...


Tuesday, July 28, 2009

PERPISAHAN ITU MEMERITKAN???BETUL KE???

...MEMANG INI KETENTUAN SAYE...

pagi yg cerah...
harap ht akan menjadi lebih cerah dan tenang setenang air di kali...
x mungkin air di laut kerana pasti bergelora...ombak kecil...ombak besar...
angin sepoi2 bahasa...
ribut kencang...
dan mungkin juga terik yg membara...
siapa tahu...

orang kata...'langit tidak sentiasa mendung, cuaca terang pasti melanda'...
'ombak tidak...kian menggulung, hilang badai...langitkan terang'...
indah peribahasa...molek perumpamaan orang lama...
bangsa Melayu...
bangsa Bermaruah...
bangsa Berdaulat...

hati sy skrg umpama ombak tsunami...
tp sy xmaw ikutkn ht & perasaan sy...
kerana...sy sygkan dr sy...
tdk baik utk terlalu marah & bencikan seseorang...
pasti...suatu hr ada sinar kebahagiaan utk sy...
doakan kebahagiaan & kegembiraan utk org lain...
kerana...bkn kt penentu jodoh & ketentuan...
tp...Yang Maha Esa...

kesilapan lama...jd kan sebagai pengajaran...
buat garis sempadan...
jgn diulangi...
jgn difikirkan...
cuma...harus dikesali...
kerana...yg rosaknya...
Tuan Empunya Diri...
INGAT!!!...

wahai lelaki bernama ......
terima kasih atas segalanya...
terima kasih atas segala berita gembira yg sy dgr selama ini...
terima kasih di atas penipuan & perselindungan yg diterima selama ini...
biar sakit...
biar perit...
biar derita...
biar kecewa...
kamu hanya pinjaman utk sy seketika...
bkn utk selamanya...



dari sy yg bernama...

Sunday, July 26, 2009

LANGIT X SLALU CERAH

mmm...kurang mood malam ni. byk pkra yg x best hr ni...mcm2. ssh nk menzahirkan sesuatu yg kurang disenangi...kerna blog ini tdk privacy lg...suda menjadi bahan umum. antara rela & terpaksa, 2 bln lg aku akan mengharungi suka duka di sini. berbekalkan semangat & keazaman...amanat arwah abah aku galas hingga hujung nyawa ku nnt. insyaAllah...knape mesti berselindungkan sesuatu andai ianya satu kenyataan? perit utk diterima...tp wajar utk diketahui. meski sakit utk ditelan...aku akan telan. rela menelan kepahitan dprd sakit dipermainkan. wawawa...bukan main lg kata2. urmph...impian utk merealisasikan novel pertama, akan lahir. nntkan...bkn skrg, tp aku perlu lebih waktu utk menghayati tiap watak dan bait2 kata dlm karya sulungku kelak. antara aku, dia dan engkau...aku merelakan aku utk diketepikan andai dia yg beraja di hati. aku sekadar di pinggiran...sampai waktu, diketepikan juga. sampai waktu, aku dicari juga. atas dasar apa...atas sebab apa...hanya aku yg tahu. aisya...ingat la, langit itu tidak selalunya kan cerah...tidak juga selalunya mendung...kerna Allah SWT Maha Mengetahui. mudah2an derita yg ku alami tdk berpanjangan. kerana aku yakin Allah SWT menyayangiku sebagai umat Muhammad SAW
Tepat jam 11.25 mlm, di Hospital Pakar Damansara. satu berita yang mengejutkan semua pihak telah berlaku. Yasmin Ahmad seorang pengarah filem,iklan dan pengarah kreatif eksekutifyang cukup disegani telah menghembus nafas yang terakhir. ketentuan tuhan, setiap yang hidup pasti akan mati. tiada siapa yang dapat menghalang ketentuannya. Ucapan takziah kepada ahli keluarga dan Al-fatihah buat Yasmin Ahmad semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin.
Negara atau lebih tepat industri perfileman negara pasti akan merasa kehilangan yang cukup besar diatas pemergian beliau. sentuhan-sentuhan kreatif beliau didalam bidang perfileman dan pengiklanan untuk syarikat Petronas cukup mencuit dan meruntun hati bagi yang melihat. filem-filem yang digarap oleh senimawati negara ini boleh dikatakan mempunyai nilai identiti yang tersendiri.