Tepat jam 11.25 mlm, di Hospital Pakar Damansara. satu berita yang mengejutkan semua pihak telah berlaku. Yasmin Ahmad seorang pengarah filem,iklan dan pengarah kreatif eksekutifyang cukup disegani telah menghembus nafas yang terakhir. ketentuan tuhan, setiap yang hidup pasti akan mati. tiada siapa yang dapat menghalang ketentuannya. Ucapan takziah kepada ahli keluarga dan Al-fatihah buat Yasmin Ahmad semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin. Negara atau lebih tepat industri perfileman negara pasti akan merasa kehilangan yang cukup besar diatas pemergian beliau. sentuhan-sentuhan kreatif beliau didalam bidang perfileman dan pengiklanan untuk syarikat Petronas cukup mencuit dan meruntun hati bagi yang melihat. filem-filem yang digarap oleh senimawati negara ini boleh dikatakan mempunyai nilai identiti yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment